03 January, 2023

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak 
Atas segala tindak
 Api makan api 
Tanah makan tanah 

Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara 
Membakar nyata di hari tua 
Semua akan ditanya tentang siapa?






12 February, 2020

Program Hari Yala 2020, Thailand.

YALA, 7 Februari 2020 – Pelajar-pelajar dari Kelab SENCETRA (Kelab Tarian Seni Dance Tradisional) dari Persatuan Kebudayaan & Kesenian di bawah Pengurusan Unit Kebudayaan & Kesenian, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Melaka telah terpilih menyertai dan membuat persembahan di Program Hari Melayu Yala 2020. Penyertaan merupakan koloborasi bersama penari-penari dari Institut Warisan Melaka (INSWA) yang menerima jemputan dari Consul General Of Malaysia in Songkhla, Thailand.


Program telah berlangsung mulai 7 Februari 2020 hingga 9 Februari 2020 adalah anjuran Majlis Perbandaran Changpuak Park, Wilayah Yala dan merupakan sambutan tahunan kali ke-7. Majlis ini telah dirasmikan oleh Real Admiral Somkeart Phonprayoon, Secretary General of Southern Border Provinces Administrative Centre, H.E. Mr. Chaisit Phanitchphong, Governor of Yala, H.E. Mr. Muhammad Ridzuan Abu Yazid, Consul General of Malaysia in Songkhla, Malaysia, H.E. Mr. Fachry Sulaiman, Consul of Republic of Indonesia in Songkhla, Indonesia. Turut hadir adalah tetamu kehormat yang lain yang merupakan ahli majlis tertinggi di bawah pentadbiran Wilayah Selatan Thailand.

INSWA diketuai oleh Encik Nurman Bin Mohd Baroldin, Pengurus Besar INSWA dan Encik Zairi Bin Suboh, Pengurus Besar, Tourism Melaka serta seramai 25 orang peserta yang terdiri dari penari, pemuzik dan penyanyi. Turut hadiri adalah Tokoh Warisan Orang Hidup Kebangsaan (Dondang Sayang) iaitu Datuk Mohd Baharim Bin Sharip dan Yasser Fikri Juara Kategori Nyanyian Dondang Sayang bagi Pertandingan Suara Melayu Tahun 2019.

Objektif utama program ini dianjurkan untuk mengangkat kebudayaan dan warisan Melayu kepada masyarakat setempat di Wilayah Selatan, Thailand. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat Melayu di tiga negara iaitu Malaysia-Indonesia- Thailand. Secara tidak langsung juga pada kesempatan ini dapat mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020.

Antara pengisian sepanjang program berlangsung adalah persembahan nyanyian, tarian, muzik kebudayaan dan kesenian daripada Negara Thailand, Indonesia dan Malaysia. Selain itu juga terdapat perarakan jalanan, pameran-pameran oleh badan kerajaan dan NGO dari negara-negara asia, jualan makanan, minuman, pakaian, kraftangan dan lain-lain lagi.

Di samping itu juga telah dijalankan Pertukaran Pembelajaran Kebudayaan Persembahan Daerah Kepulauan Melayu. Antara panel penceramahnya adalah Ibu Derliati, SST.M.Pd (Tarian Minangkabau), Kepala Bidang Pengembangan Ekonomi Kreatif Dinas Pariwisata, Provinsi Sumatera Barat, Indonesia, Bapak Asben Hendri, SE, M.M, (Pengembangan Kain Tenun Songket di Sumatera Barat, Puan Noriah Binti Ahmad, (Dondang Sayang dan Joget Lambak) Institut Warisan Melaka (INSWA), Malaysia.










Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...